| Jiwa Aku |
Bonjour!

Hi! I'am Nouva . Thanks for visit my world story ♥ ♥ ♥ ♥



Entries About Linkies Stuff


Let's Talk!

put your link not email.
No Harsh words allowed here.
Req tutobies or ex link/banner.
Let`s talk with owner

Put Your Cbox Code Here

Past


Archive

Credit

Template: Intan Aqilah
Edit: Yuki Haura
Basecodes: Safira Nuril Izzah
Others:    


Sekolah

Assalamualaikum dan selamat petang semua 
minggu ni ialah minggu pertama sekolah . macam mana sekolah korang , best ? ok . nouva tahun ni Allhamdulillah naik kelas . walaupun naik satu anak tangga . syukur . pelajaran nouva buat masa sekarang semuanya ok belaka . tahun ni nouva dapat cikgu yang sempoi sempoi baq hang *konon* tapi , yang spoil sekali , tahun ni nouva dapat cikgu subjek Sejarah yang tak best . walaweyh ! sumpah , tak best weyh . dia mengajar . satu apa pun tak faham ok . time dia mengajar , boleh si katakan 98% okawan kelas nouva nak terlelap . serius tak tipu . tapi , nak buat macam mana kan . dah nasib dapat cikgu cenggitu . sabar je la kan . hari pertama sekolah pun , cikgu dah bagi homework . woaaaahhh *ternganga* 

ok , abaikan kisah sekolah kejap . next story , nouva nak cerita tentang keadaan kesihatan atok nouva . hmm . sedih weyh ! sedih . nouva nak pinjam bahi hampa boleh tak ? please . actually , atok nouva masuk hospital sejak 3 /1/2013 . cerita dia macam ni . macam biasa la kan bila balik sekolah ayah nouva amik nouva dekat sekolah . masa dah ada dalam kereta tu . ayah nouva cakap macam ni " atok sekarang ada dekat hospital Seberang Jaya" and nouva pun macam " hah ? atok ada dekat hospital ? sakit apa ?" bila nouva tanya ayah nouva tu sakit apa , ayah nouva diam seribu bahasa . and nouva pun abaikan . tapi dalam hati risau k risau dengan keadaan atok . 

esok tu pulak , nouva balik sekolah . keluar ja dari pintu pagar tu , nouva nampak ada 3 orang lelaki dalam kereta nouva . sorang dekat kerusi tepi pemandu and dua orang lagi dekat tempat duduk belakang . nouva pun jadi muka blur jap . ye la kan , dah semua yang dalam kereta tu lelaki , nouva nak duduk mana . bila nouva bukak ja pintu kereta , rupa nya yang tiga orang lelaki tu ayah sedara nouva dari Puncak Alam and dua orang sepupu nouva dari Ipoh . fuuuhhh ! darah daging sendiri rupanya . lega . hehe . malam tu pulak , nouva terdengar umi nouva sembang dengan adik beradik umi yang lain dekat ruang tamu yang menyatakan atok nouva dimasukkan ke hospital sebab jangkitan kuman dekat buah pinggang . nouva dengar ja berita tu , terus nouva masuk bilik . sedih weyh . 

petang tadi pulak , nouva tengah tengok tv dengan ayah sedara nouva. tiba tiba umi nouva bersuara dekat ayah sedara nouva yang menyatakan dokter ayah ambil air dekat buah pinggang atok nouva untuk buat pemeriksaan . yang sedih nya dengar bila umi nouva cakap macam ni :depa ambil air dekat buah pinggang bukannya pakai suntikan , tapi kena tebok . lepas tebok pulak tu , kita kena jaga elok elok dekat tempat tebok tu supaya tak kena jangkitan kuman" k , dengar ja umi nouva cakap macam tu . nouva rasa risau sangat dengan keadaan atok . dokter suruh bincang dengan family tentang hal ni . sampai sekarang , kita orang tak buat apa apa lagi keputusan . semua nya buntuk . ye la kan . mana tak nye , buat atau tak buat risiko dia tetap tinggi . kawan kawan , mohon doakan kesihatan atok nouva ok ? nouva dah tak sanggup nak tengok atok nouva terlentang dengan hospital tu . hmm . ya Allah , sembuhkan lah atok aku ya Allah . kuatkan lah semangatnya supaya dia boleh tahan dengan kesakitan yang dia alami sekarang . Amin