| Jiwa Aku |
Bonjour!

Hi! I'am Nouva . Thanks for visit my world story ♥ ♥ ♥ ♥



Entries About Linkies Stuff


Let's Talk!

put your link not email.
No Harsh words allowed here.
Req tutobies or ex link/banner.
Let`s talk with owner

Put Your Cbox Code Here

Past


Archive

Credit

Template: Intan Aqilah
Edit: Yuki Haura
Basecodes: Safira Nuril Izzah
Others:    


Bad Week



Assalamualaikum 
Salam Jumaat semua . macam mana hari ni ? it's everythings ok ? harap harap semuanya ok . tak ada apa apa yang terjadi . actually , minggu ni nouva rasakan minggu yang paling banyak Allah bagi ujian dekat nouva . nouva tahu , Allah sedang menguji nouva . and i know , Allah always beside me :') . kenapa nouva kata minggu ni paling malang ? jalan cerita dia macam ni 

hari isnin bersamaan 23/6/2013 . masa tu dekat bengkel kemahiran hidup . actually , time tu langsung tak belajar sebab cikgu nouva nak buat kek pelangi untuk kelas nouva . so , nouva ambil kesempatan untuk siapkan Peka Sains nouva . kawan kelas nouva semua tolong cikgu dekat dapur . kecuali , nouva and kawan nouva , Iffa ja yang tak join sekali . kita orang tengah siapkan Peka Sains sebab lepas waktu Kemahiran Hidup , masa Sains . dalam nouva dok buat Peka dengan kelam kabutnya . Iffa tanya nouva "ada pen hitam tak ?" then nouva kata "tengok la dekat dalam kotak pensel aku tu" then , dia pun bukak kotak pensel nouva  untuk cari barang yang dia mintak tu . suddenly , she said "weyh nouva , apa la hang ni . sampah pun hang nak simpan" and i was like "ouh ok . nanti aku buang" actually , she found satu kertas yang berlipat . so nouva abaikan kertas tu kejap sebab nouva nak siapkan kerja nouva dulu 

lepas waktu Kemahiran Hidup , waktu sains . pun tak belajar jugak . so bored . kawan kawan yang lain dok menyembang . yang nouva , iffa , and aishah tengah dok buat kerja annoying dekat belakang . aishah bukak kotak pensel nouva , and dia jumpa kertas yang berlipat macam iffa jumpa tadi . dan dia pun kata benda yang sama . kali ni nouva kata dekat aishah "buang laa . sampah tu" sebelum aishah buang kertas tu , dia stapler kertas tu dulu . motif dia ? hmm entah la . dia memang suka buat benda yang orang lain tak pernah buat -__- . lepas dia stapler . nouva kata "ehh kejap . jangan buang . aku ada nampak sesuatu" nak tahu apa yang nouva nampak ? nouva nampak ada nama nouva dalam kertas tu . then , nouva bukak stapler then tengok apa isi dalam kertas tu . and finally , i found this ! :O


entah sapa la yang hantar benda alah ni . semak oii semak . masuk surat ni , dah 2 kali nouva terima surat macam ni . tapi , orang lain lain . dear haters , kalau awak nak tegur saya . please tunjukkan diri . saya tak marah cuma saya nak kenal sapa orang yang prihatin tegur saya . kalau iye pun nak main surat dengan saya , kalau boleh , tulisla nama pegirimnya . tak payah la bajet misteri bagai . annoying ok . about my sanggul ? tinggi ? dok rasa standard jaa woi . tak ada la tinggi macam bonggol unta bagai . balik balik sekolah , nouva bagi tahu perkara ni dekat Fatini and Fauzal . Fauzal said , "alaa , depa tu denggki lettu . pantang tengok awak senang . biasa la manusia . sanggul awak , saya tengok tak ada la tinggi mana sangat . ok jaa" dengar dia cakap macam tu . tenang sikit hati ni . 

ada lagi satu kisah malang . benda ni berlaku pada 27/6/2013 . minggu yang sama jugak . pagi tu , form 3 , form 4 , and form 5 ada sukan tara . acara lontar peluru and lari 100 meter . nouva rumah kuning . ok , kita orang dah buat acara lontar peluru . tinggal lari 100 meter ja tak lagi . lepas buat acara lontar peluru . baru kita orang buat lari 100 meter . first yang lari , yang nouva ingat yusra , iffa , wani , baiduri , neesya . ok , yang tu ja nouva ingat . semua ada 8 orang . lepas depa lari . baru nouva and set set nouva lari . lepas kita orang lari , nouva balik ke rumah sukan . and nouva nampak , ada orang dok berkerumun . bila nouva tengok apa yang berlaku . ya Allah . yusra pengsan ka tadi ? apa dah jadi dengan dia ? bila tengok cara kak Fini berubat dia , nouva yakin . dia rebah tadi sebab ada benda masuk dalam badan dia 

lepas dia kena . mira pulak kena sebab dia pi tolong yusra . berjangkit maybe . yang Tini , dia usaha jauhkan diri dari yusra and amira . sebab dia tak boleh tengok orang histeria . lepas depa dua kena . ramai lagi yang berjangkit . kebanyakkan budak hostel maybe . tak pasti . yang nouva pasti , lebih dari 10 orang yang kena . dan kebanyakkan jugak , orang yang kena tu orang yang lemah semangat . seriously , time tu nouva dok fikir nak balik cepat . takut weyh takut . lagi pun first time benda tu jadi depan mata . dengar orang jerit jerit . fobia dahhh . and nouva risaukan tini sebab dia dok menangis . katanya takut . semua budak perempuan di arahkan duduk dalam makmal bio and budak lelaki duduk dekat surau . tapi , tini tak mau duduk dekat makmal bio . dia takut lagi . tak pa , nouva duduk dekat makmal . 

duduk dalam makmal tu . tak berhenti henti baca ayat kursi . sebagai pendinding . lepas tu , shakirah pulak panggil nouva dia kata "weyh nouva , tini dok cari hang tu" then , nouva pun cepat cepat keluar dari makmal . pergi dekat tini . bila dah sampai dekat tini . nouva tengok dia dah terbaring sambil nangis . sambil dia dok kata "nouva , aku takut , aku penat" then , nouva tak tau nak buat apa . nouva pegang tangan kiri dia sambil baca ayat kursi and ayat yang pernah walid nouva ajar dekat nouva . cuba bagi semangat dekat dia . sampai la ayah kak Fini datang berubat dekat dia pulak . lepas tu , dia ok sikit . cuma dia lemah . tak henti henti menangis . lepas nouva , iffa , wana , azlin dan kakak kakak senior tenang kan tini . cikgu panggil dia bawak ke Astaka . so , kami pun angkat dia ke sana . lepas tu , cikgu call kakak tini untuk bawak dia balik

lepas sekolah dah aman . cikgu benarkan kami semua balik awal . cikgu lepaskan kami pukul 1.40 petang . selalunya balik pukul 3.20 petang . oleh sebab kejadian histeria yang teruk . cikgu bagi kami balik lepas semuanya dah aman . nouva nak call walid nouva untuk ambil nouva tak boleh sebab dompet nouva tertinggal dekat Yaya . lupa nak ambil balik sebab dok kelam kabut pasal tini tadi . so , nouva decide tunggu la sampai walid nouva datang . lama ohh . dalam dok tunggu tu , tiba tiba nouva dengar ada dentuman kuat dekat luar pagar sekolah . nouva , bayan , and ada lagi students yang lain keluar nak tengok apa yang berlaku . rupanya ada excident antara basikal and 2 buah kereta . 

orang yang menunggang basikal tu yang terok . darah dekat kepala . banyak gila darah yang mengalir dekat jalan . kereta , just kemek jaa . yang kesian dekat orang yang tunggang basikal tu jaa . tahan sakit . dah la ambulance datang lambat . so , terpaksa la orang yang sakit tu tanggung kesakitan . kesian gila . tambah pulak mangsa ialah cleaner sekolah nouva . kita orang panggil dia Din Cleaner . selalu dok mengusik dia . nasib la cikgu cikgu tak balik lagi time tu . so , dia orang turun tengok apa yang berlaku . setengah jam lebih baru ambulance datang . Alhamdulillah , Din tak ada berlaku apa apa yang patah . kedua tangan and kaki dia ok lagi . cuma kepala ja yang mengalami pendarahan yang banyak . hentakkan yang kuat mungkin . nouva harap , apa yang berlaku minggu ni . tak akan berulang lagi . seram + fobia dah . Allah sedang menguji kami semua . Alhamdulillah kami dapat selesaikan masalah yang berlaku dengan kesabaran . terima kasih ya Allah